• 你好

    this is george loy's land.muahahaha

  • BAHASA

    Aug 15, 20131:07 PM 0 Comment(s)


    walau selepas beberapa trial yang telah dilalui,
    yang telah ditempuhi,yang telah diduduki,
    aku semakin alpa.semakin tidak sedar bahawa,
    masa yang berbaki bagi aku menempuh sesuatu
    yang besar semakin berlari,semakin jauh
    meninggalkanku.sedangkan aku disini,
    masih bertatih tatih belajar,masih ternganga-nganga
    dan yang paling bangang sekali,masih sempat untuk
    merehatkan mata yang sudah cukup.lebih dari cukup.
    bilakah aku akan belajar dari kesilapan?
    bilakah aku akan giat untuk mengejar kejayaan?
    sedar akan realiti yang semakin maju dan tegak berdiri
    mengikut arus peningkatan kepandaian cendekiawan-cendekiawan
    kini.terasa begitu bodoh.aku disini diam.kaku.
    maih hanyut dalam arus deras alam siber yang sebenarnya makin
    membuat aku tidak tahu erti kata hidup yang sebenar.
    apakah yang sedang aku lalui sekarang ini?
    apakah yang ku azamkan sejak azali?
    adakah ini?sedangkan mereka yang sedar,terus mencari seribu satu
    peluang untuk mengejar kejayaan.
     mungkin ini masanya.
    aku sudah jauh tersasar.
    tersasar dari pendirian ku yang sebenar,sekeliling dan yang paling penting
    sekali,aku rasa sudah jauh tersasar dari tuhan yang satu.
    mungkin ini masanya.
    untuk aku,menginsafi diri,sudah banyak dosa yang telah dilakukan anggota ku.
    ini bukan pembicaraan kepada peperiksaan yang bakal menjelang
    ini penceritaan tentang hidupku yang semakin terkontang kanting
    semakin hilang arah tujuan.hilang tujuan aku mempelajari ilmu Allah ini.
    alpa dengan keseronokan yang diberi duniawi,sehingga terasa bahawa dunia ini
    akan bertahan lama.
    sekarang masanya.
    hijrah merupakan sesuatu yang sukar dilakukan.
    namun,akan kucuba dengan doa dan ikhtiar.
    ampunkan segala dosa yang telah dilakukan ku
    akhir kata,sama ada kita mahu atau tak.itu semua pilihan.
    ingat wahai hamba Allah
    kita mampu mengubahnya.



    « Older Newer »